6 kosmetik diharamkan

Aloo followers n readers-readers sume...pe cer pg nie??sume ok x?
arap-arap sume bek-bek aje keh~ ~
td tangan zart tetiba je menggatal cari bahan untuk mengooglekan info psala asignment..pas2 camne ntah terjumpa artikel nie..mayb artikel nie dh lame,but xsalah kalau zart nak kongsi ngan korang sume..^_^
jom same-same kite amik iktibar dari artikel nie..


Petikan Harian Metro berkenaan produk kosmetik yang diharamkan:

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan golongan wanita tempatan tidak teraniaya, enam produk kosmetik import diharamkan serta-merta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti boleh mencacatkan wajah selain turut mampu membawa maut.
Keenam-enam produk kosmetik import berkenaan dikenal pasti mengandungi racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti berikutan boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, Treatment No 1 dan Treatment No 2.


Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Berita ini boleh dijadikan pedoman untuk kita agar tidak terburu-buru membeli produk-produk kosmetik yang sengaja dilambakkan di pasaran oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut untung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

leave your link here