perginya 2011 datangye 2012

pejam celik pejam celik , taun 2011 dah sampai penghujung . . bermakna ' dictionary megadrama ' aku dah pun menghampiri saat saat terakhir penulisan . . sebelum helaian muka surat pertama untuk ' dictionary ' yang kedua aku bermula , aku nak abiskan kata kata aku . . tetiba je tergerak ati aku untuk update entri terbaru yang merupakan entri terakhir aku di taun 2011 . . bila di imbas balik , terlalu banyak cerita untuk dikongsi bersama . . sehinggakan tiada plot untuk aku coretkan n gabungkan bagi menghasilkan sebuah jalan cerita . . 

terlalu banyak cerita . . terlalu banyak kisah . . suka duka silih berganti . . rentetan perjalanan seorang insan yang kerdil untuk mencapai kejayaan . . pengorbanan seorang kakak untuk adik adik . . perjuangan seorang anak untuk ibu dan bapanya . . keikhlasan ati seorang kawan dan sahabat . . kesungguhan dan kepayahan dalam mematangkan diri . .  sumenye terlekat di ati aku . . kamus 2011 aku melakar banyak kenangan dan pengalaman yang tak mungkin aku ungkap dengan kata kata . . mane yang aku ingat , aku coretkan kat sini . . 2011 menjadikan aku seorang yang matang dari segi pemikiran dan tindakan . . 

january 2011 : aku berada di penghujung semester 8 . . jatuh bangun aku , suka duka aku , hanya bersama teman teman seangkatan di ipoh , perak . . qeylla , fifi , azyan , ilah , ekin , lynn , fiza , , , time tue kuarge aku kat terengganu . . nak balik kampung , aku fikir pasal tiket bas . . pegi balik dah 1oo tambang bas je . . tak masuk makan minum ag . . nak tak nak , teman teman je penghibur aku bila aku jauh dari kuarga . . sampaikan raye aji pon aku tak balik sebab income tak cukup nak bayar tambang bas . . aku nak guna kesusahan aku untuk kesenangan aku . . 

february 2011 : dah dapat decision kena praktikal kat mane . . bulan march mula praktikal . . alhamdulillah , kena praktikal kat area shah alam n petaling jaya . .dekat ngan umah mak sedara aku belah mak . .^__^

march - may 2011 :  dah mula praktikal kat area yang aku cakap . .

june 2011 : aku berjaya juga abiskan sisa baki hidup aku sebagai student selama 3 taun . . alhamdulillah , berkat doa sume , pointer aku alhamdulillah . . tak sehebat best stud, tapi mencapai tahap kepuasan ati aku sebagai insan yang kerdil di muka bumi pendidikan , , ;)

july - september 2011 : aku bina badan kat umah . . abis study , aku tak tau nak cari keje kat mane . . dah puas aku survey , dah merata rata aku cari , aku usaha , tetap tak dapat jugak . . time tue aku ase cam batu datang hempap badan aku . . aku tekad aku nak cari keje jugak sampai dapat . . satu niat aku time tue , bile aku dah dapat keje tue , aku nak tolong adik adik aku . . aku tak kisah duit poket aku tak cukup , asalkan adik adik aku bahagia . . 

oktober 2011 : alhamdulillah . . 3taun aku study , berjaya jugak aku genggam diploma dalam idup aku . . mungkin sampai tahap nie je aku sambung stdy aku . . ukan putus asa , tapi biarlah adik adik aku yang ganti tempat aku belaja lebih tinggi . . aku bukan datang dari keluarga yang berada , , tapi ckuplah kasih sayang mak ayah aku bagi untuk kami adek beradik . . siang malam siang malam aku pasang niat , allah s.w.t maha mendengar . . aku dapat keje kat sebuah branch kat area jerteh . . walaupun gaji tak banyak , at least masyuk jugak tabung botol air mineral aku . . 1st time keje dalam jiwa bussiness , agak tertekan jugak sebab minda aku bukan untuk support matematik dan jiwa aku bukan untuk perniagaan . . nak tak nak aku kena belajar sume tue sesuai dengan apa yang aku study dulu . .  ibarat first time kite belajar berjalan . . tak semestinya , berdiri lama dah boleh berjalan , , perlukan latihan . . begitulah pergerakan aku bila aku mula mencari pengalaman dalam dunia pekerjaan . .  

december 2011 : sampai sekarang aku keje kat sana . . alhamdulillah , aku ade boss yang baik dan memahami . . kawan kawan yang sporting but kadang kadang agak tertekan dengan sikap mereka , tapi itulah manusia . . banyak ragam . . aku belajar menerima perangai dan aku cuba menyelami jiwa mereka . . setakat nie takde masalah . . ^__^

9.01 pm ( 31/12/2011) : aku update blog aku . . aku coretkan sumenye di sini . . di laman blogging . . pasnie aku dah nak tutup kamus nie  . . aku nak bukak kamus baru . . kamus 2011 aku akan simpan baik baik . . pas update blog nie , aku nak g tengok tv n countdown depan tv . . 


doa taun baru aku :

ya allah ya tuhanku . . jadikan taun baru ini sebagai pelengkap niat aku . . sesungguhnya , aku nak dapatkan rezeki yang halal untuk keluarga aku . . berilah aku kekuatan untuk hadapi semua dugaan ini . . matangkanlah pikiran dan tindakan aku . . dan hiasilah aku dengan akhlak akhlah yang mulia . . bentuklah aku dalam golongan yang solehah dan sedarkanlah aku seandainya ku lalai dalam melakukan suruhan dan amalan-Mu . . amin ya rabbal al amin . . 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

leave your link here